Isnin, 3 Jun 2013

Tercipta Untuk Ku


Lagu kenangan yang pernah dinyanyikan oleh seseorang...tp kini hanya tinggal sejarah yg x pernah padam..
Dan....sukarnya utk melupakannya...amat myentuh hati...terlalu rindukannya...

Tuhan Jagakan Dia..

Tuhan Tolong Jagakan Dia...Dia Kekasihku Dan tetap Milikku...

Tapi Bukan Aku...

Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima
Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semua
Lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
Karana takkan pernah kau temui, cinta sejati
Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencuba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku tlah mati untuk menyedarinya
Semoga saja kan kau dapati
Hati yg tulus mencintaimu
Tapi bukan aku


Hati Yang Kau Sakiti...

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa
Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu 
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa
Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti
Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...


Selasa, 21 Mei 2013

Cuti Rehat Khas ( CRK ) Penjawat Awam....


Secara umumnya CRK ini diperuntukkan sebanyak 7 hari dalam setahun. Cuti ini tidak boleh dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan, tetapi boleh dikira untuk mendapat Gantian Cuti rehat (GCR ).Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Kelayakan Cuti Rehat Khas ( Guru )
  1. Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau institusi pelajaran dan pengajian tinggi.
  2. Guru sandaran terlatih
  3. Guru Kontrak

Peraturan dan Syarat

  1. Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan " pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas".
Terma dan syarat ini memang termaktub dalam pekeliling, dan sebagai penjawat awam yang bertugas sebagai ( guru atau golongan tenaga pengajar) harus memahami dan meneliti frasa ini sepenuh hati.

Senarai Permohonan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dipertimbangkan :
  1. Menziarahi ahli keluarga terdekat ( suami,isteri yang sah, anak-anak dan ibu bapa kandung pegawai yang sedang sakit atau meninggal dunia.
  2. Menziarahi sanak saudara ( adik-beradik, ibubapa mertua, datuk nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai yang sedang sakit atau meninggal dunia. 
  3. Upacara/ perayaan tahunan agama yang diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan.
  4. Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran dan banjir.
  5. Menghadiri majlis Konvokesyen ( diri sendiri, anak, suami/isteri ).
  6. Perkahwinan ( guru sendiri / anaknya sahaja )
  7. Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak-saudara rapat menunaikan fardhu haji.
  8. Mendaftar anak ke IPT/ sekolah asrama penuh
  9. Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan
Walau bagaimanapun, Guru Besar/ pengetua atau Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Saya sarankan anda ( penjawat awam atau golongan guru ) yang telah atau baru sahaja berkhidmat supaya memahami tatacara dan kesan Cuti Rehat Khas yang kita mohon, semoga kita sendiri jelas dan beroleh manfaat akan kepentingan dan keperluan cuti berkenaan di ambil. Di sini, saya sertakan sekali lampiran pekeliling perkhidmatan yang boleh anda semua semak dan perhalusi. Semoga memberi manfaaat.


Apapun sebab permohonan Cuti Rehat Khas anda, kepentingan murid itu sendiri haruslah diutamakan. 

Corat Coret hari ini...

Oleh kerana hari ini sy mgambil cuti so ada lah masa untuk sy update blog ini ,dah lama jg x brcerita mgenai diri sy n kehidupan harian sy...3 hari lg gula hati sy akan pulang bercuti semperna cuti 1st semester,mmg x sabar walaupun baru 2 bulan trpisah tp ibarat 2 tahun,maklum la anak  lelaki seorg,lagi pn mana pernah kami brpisah lama.

Macam2 dah plan kt kepala nie,nk bawa dia jalan2 n nak masak kn makanan kegemaran dia,Dia suka mkn sambal petai udang,walaupn sy x makan petai tp sy selalu masakkn utk dia.Sekarang dia tgh sibuk dgn exam,semoga dia dpt mjawab semua papers dn tenang.

Semalam skype dgn my bff ,mgadu masalah rumahtangganya ,my bff tu stay kt oversea ,abis belajar terus kawen dgn warganegara sana.Skarang dia ada 2 org cahaya mata ,lebih kurang sebaya dgn gula2 hati sy.Tak sangka pulak dia ada masalah sbb selama ini sy lihat hubungan dia n hubby dia sgt mesra ..Bila dia ceritakan segalanya,ayat yg pertma yg keluar dr mulut sy adalah "sabar" n "bertenang" sbb kita tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan yg marah.Klu boleh cuba elakan bersemuka dgn pasangan dalam keadaan geram dan marah keraana ,ianya tidak akan menyelesaikan apa2 masalah.Mmmm lama jg kami skype,sampi ke subuh bg kita di m'sia, Alhamdulilah apa yg cuba sy nasihatkn pd dia,nmpaknya dia faham n dpt menerimanya.

Dari pengalaman kawan2 dan jg sy,sy menjadi seorg yg benci lelaki sebenarnya.Bagi sy lelaki sangat ego sifatnya.Suka memandang rendah pd wanita terutamanya isteri.Suka berbohong,menipu n suka menegakkn kebenaran yg sebenarnya mmg tak benar.Saya mmg seorg yg sukar percaya pd lelaki.Tapi dlm kes kwn sy,sy tidak meletakkn kesalahan pada sebelah pihak saja.Mungkin jg kwn saya ada melakukan kesilapan yg tidak dia sendiri sedari..Bagi wanita di sana ,klu boleh elakan lah dari mencintai suami org.Melainkan jika mendapat restu dari isteri suami tersebut.Kita sebagai seorg wanita jgn lah kita myakiti hati wanita lain demi seorg lelaki..Berfikirlah dengan akal yg waras bkn hanya mgikut kata hati n emosi..






Khamis, 16 Mei 2013

Guru...

TUGAS MURNI  SEBAGAI GURU SEHARUSNYA JANGAN DICEMARI DENGAN GEJALA GEJALA BURUK YANG AKAN MEROSAKKAN SEHINGGA KELEMAHAN ,KEMUNDURAN DAN 
KEGAGALAN PENDIDIKAN YANG KITA PIKUL HARI INI DARI SEGI MENYEDIAKAN PENGALAMAN-PENGALAMAN YG BERGUNA BAGI KEGUNAAN MASA HADAPAN ANAK ANAK DIDIK KITA NANTI,AKAN MENYEBABKANA ADA INDIVIDU YANG INGIN MAJU TETAPI TIDAK BERUPAYA MENGGUNAKAN PERANAN MEREKA UTK CITARASANYA APATAH LAGI MEMENUHI CITARASA BANGSA DAN NEGARANYA

KEGAGALAN INI AKAN MENGHASILKAN INDIVIDU YANG MENJALANKAN KERJA SEPARUH HATI ATAU SEKADAR MAKAN GAJI....

DARI KACAMATA ISLAM...GURU SEBENAR GURU :

1. AL-MU'ALLIM : MENYAMPAIKAN ILMU YG SEBENAR

2. AL-MURABBI : MENJAYAKAN PROSES TARBIAH

3. AL-MURSYID : MEMBENTUK KEPIMPINAN INSAN

4. AL-MUDARRIS : MENITIPKAN PELAJARAN DAN KEMAHIRAN

5. AL MU'ADDIB : MENGAJAR ADAB DAN BUDI PEKERTI....

SELAMAT HARI GURU 2013.....GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA