Ahad, 16 Oktober 2011

jom buat sendiri ice-cream



BAHAN-BAHAN...
1 biji telur
1 sudu besar ovalet
1/2 tin susu pekat
1 tin air suam (guna tin susu)
sedikit esen vanila
perwarna atau perasa yg disukai


Cara-Caranya..

Masukkn ovalet,telur,susu,air suam dan esen vanila ke dlm blender.Blend sampai sebati atau betul2 likat.

Masukkn bahan yg di blend tadi ke dalam mixer,letakkn perasa yg disukai,kemudian mixer sampai betul2 sebati.

Boleh lah di masukan ke dlm mangkuk dan dibekukn,lebih kurang 2 jam selepas itu,boleh lah dimakan..

*tujuan mgunakn mixer adalah utk sebatikn lg adunan serta melembutkn lg aiscream..

*air suam hendaklah mgikut sukatan yg betul,jika trlebih air,aiscream akan mjadi kasar dan tidak lembut.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

Selasa, 4 Oktober 2011

Petua Lelaki Untuk Mengurangkan Perut Buncit

1.Minyak Zaitun - Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan serta mengatasi masalah berat badan.

2. Limau Kasturi + Kapur Makan - Ambil beberapa biji limau kasturi dan jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit. Pasti akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong.

Petua Mendidik Anak-Anak Supaya Berdisiplin dan Cemerlang

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap 1: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap 2: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap 3: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap 4: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan - Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A.W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.


Antara Bentuk Pesanan dan Arahan kepada Anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu

• Adab dengan orang tua-tua

• Adab dengan guru

• Adab dengan kawan-kawan

• Tugas harian di rumah

• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.

• Tatacara makan mengikut sunnah nabi

• Cara belajar yang berkesan

• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah

• Keselamatan jalan raya

• Tanggungjawab melindungi adik-adik.


2. Kaedah Bercerita - Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal Jawab - Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.


Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu - Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran - Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau - Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan - Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu. Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

PerTua Rawatan Batuk berKAHAK..

Banyak sudut boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya di bahagian sistem saraf tiroid. Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti:

-Hidung

-Mulut

-Telinga



Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.



Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami:

- Gatal di bahagian tekak

- Demam panas

-Alergi yang tidak terkawal

- Selsema

- Batuk yang berleluasa



Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem immune tidak stabil dan antibodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak. Ini semua terjadi di atas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid, yang pada mulanya hanya berpunca batuk kecil. Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.



Batuk berkahak ini juga mudah berlaku kepada kanak-kanak terutamanya dalam usia 0-12 bulan kerana disebabkan tumbesaran dalam soal mengenal pasti sesuatu benda dengan memasukkan sesuatu kedalam mulut.Dalam kes sedemikian ibu bapalah yang perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan agar sekurang-kurangnya tidak mendatangkan kemudaratan yang mendalam.Sekiranya rawatan batuk berkahak tidak diambil ia akan mendatangkan masalah di bahagian paru-paru.Ini disebabkan kerana kuman negatif berlawan dengan positif sehingga membuatkan terjangkitnya dibahagian paru-paru dan ini dipanggil penyakit paru-paru berair. Dengan adanya masalah paru-paru berair memudahkan seseorang mengalami penyakit asma.



Pengambilan yang perlu dicegah:

- Mengurangkan pengambilan makanan segera

- Air yang bergas

- Minuman yang berais



Amalan yang perlu dilakukan selalu:

- Minum air suam secukupnya

- Senaman

- Mengambil vitamin tambahan seperti vitamin c.



Manakala bagi kanak-kanak pula mengambil langkah seperti berikut:

- Membasuh tangannya selalu

- Bersihkan setiap mainan yang baru di beli dengan antiseptik

- Elakkan memberi makanan yang tidak sesuai dengan ususnya

PerTuA MelaYu Lama.....3

>>PETUA Rasulullah Untuk RAWATAN DEMAM...

1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dangan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.”
2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak 3 malam pada waktu sahur.”
3.Daripada Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka,hendaklah memadamkannya dangan air sejuk.Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari ,dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak 5 kali, 7 kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9 kali InsyaAllah..”
4. Daripada Jabir r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: “Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.”
Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: “Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

PerTuA MelaYu Lama.....2

>>Petua MENANGANI SAKIT TENGKOK atau TERKEHEL BANTAL..

Sakit tengkok bila bangun pagi, pangkal leher terasa sakit bila memaling ke kiri atau ke kanan. Ada orang kata salah bantal atau terkehel bantal.
Cara Merawatnya: Dirikan bantal yang dipakai waktu anda tidur tadi, di tempat yang anda tidur, biarkan hingga petang. Berselawatlah waktu anda ingin dirikan ..

>>PETUA MENGATASI PENYAKIT GAGAP..

Campurkan madu dengan garam. Kemudian letakkan di bawah lidah dan igosokkan ke atasnya.


>>PERTUA UNTUK HIDUNG TERSUMBAT..
1. Ambil halia dan hiriskan atau nak lebih baik sagat halia
2. Masukkan halia yang sudah dihiris atau disagat dalam segelas air panas (air jangan banyak sangat)
3. Ambil tuala kecil/sapu tangan dan rendamkan dalam air halia tadi dan biarkan sehingga kira25 minit
4. Perahkan tuala kecil/sapu tangan sikit (jangan perah sampai kering)
5. Tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut
6. Tekapkan dan dalam masa yang sama, tarik nafas panjang-panjang ikut hidung.
7. Selepas 4 – 5 minit, pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi.

>>>PETUA UNTUK MELANCARKAN ZIP..

Sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu, cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Zip itu akan kembali lancar.


>>PETUA UNTUK UBAT BISUL..
1. Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang
membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta
makanan yang mengandungi vitamin C.
2. Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.
3. Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.
4. Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk.
5. Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput.

PerTuA MelaYu Lama.....

1>>>PETUA HLANGKAN KUTIL..

1. Ambil 3 keping tulang ikan kekek.
2. Di samping itu, basuh dulu kutil yang ada pada tubuh anda dengan air bersih.
3. Kemudian, cucukkan 3 keping tulang ikan kekek pada kutil tersebut. Cucuk dalam bentuk segitiga. Setiap satu dicucuk pada bahagian timur, barat dan selatan.
4. Selepas itu biarkan saja tulang tersebut dalam keadaan begitu pada kutil.

2>>> PETUA HILANGKAN TAHI LALAT PD PAKAIAN.

Campurkan 1 cawan cuka dengan 1/2 baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat ke dalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Petua Islam Untuk Dipertemukan Jodoh

Fadhilat Surah Yaasin ayat 36: Untuk sesiapa yang belum berkahwin agar dipertemukan jodoh. Baca Surah Yaasin ayat 36 dan berdoa. Hembus pada telapak tangan dan sapukan ke muka. Lakukan setiap pagi sebelum keluar rumah.

Surah Yaasin: Ayat 32 - 36:"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya