Khamis, 21 Februari 2013

Gula Hati ke MRSM Parit,Perak


Assallamualaikum.. Lama dh x update blog nie...

 Hari nie nk citer sikit pasal my gula hati yg sulung dh x tggl dgn kami lg... Pada 4hb.feb,sy mdapat sms dr MARA..alhamdulilah ank sy diterima belajar di MRSM parit,perak dan diminta mlaporkn diri pada 13hb.feb.2013...kelam kabut jg la masa tu,kebetulan 8hb.feb kami skeluarga akan brcuti ke langkawi semperna cuti thn baru cina..hanya 4 hari saje utk kami buat prsiapan,mcm2 nk kena beli dr pakaian hingga barang2 peribadi dan juga document yg diperlukn oleh pihak MRSM,4 hari tu jg la keadaan sy jd kelam kabut,masa tu jg sy rasakn masa brgitu pantas brlalu tp alhamdulilah semuanya sy siapkn dgn sempurna..hinggakn prsiapan kami ke langkawi,kami buat ala kadar saje...

 Kami brada di langkawi hanya 4 hari saje kerana hari rabu 13hb.feb,sy perlu ke MRSM parit...pening jg nk mencari jln ke parit perak tp alhamduliilah kami smpai jg ke sri iskandar(bandar trdekat dgn parit) tp masalah timbul bila hotel di situ semuanya full,kami dah mula bimbang lebih2 lg jam telah mnujukkn hampir pkl 1 pg,alhamdulilah urusan kami dipermudahkn,kami trjumpa dgn pemilik homestay yg trletak betul2 di belakang MRSM parit..senang sikit urusan kami esok,dh x perlu utk kami mencari MRSM parit kerana ianya betul2 trletak di belakang rumah tempat kami tinggal. Keesokan harinya seawal 7.30am ,kami ke pekan parit utk brsarapan dn kemudian terus ke MRSM parit..ramai jg ibubapa n pelajar yg telah hadir awal...tepat pkl 8am meja pendaftaran dibuka..alhamdulilah tiada kesulitan serta masalah yg timbul kerana apa yg pihak MRSM perlukan,semuanya sy dah sediakn awal..Syabas sy ucapkn kepd warga kerja MRSM PARIT yg terdiri dari pelajar2 yg mjadikan sesi pendaftaran teratur dan cepat...

 Setelah siap semuanya,masa utk meninggalkn gula hati sy hampir tiba..mulanya sy cuba tabah dn x cuba menangis depan nya,namun sy tidak mampu,selama 16 thn,sy tidak pernah brpisah lama dgn dia,dia la penghibur hati kami sekeluarga,.sy sgt rapat dgnnya,antara kami mmg x ada rahsia.Kami bkn setakat ibu n ank namun kami ibarat kawan baik.Bila kami trpaksa brpisah,perasan sebak, sedih x dpt sy sembunyikn lg..wlaupun berat hati utk melepasknnya tp demi masa depan dia,sy relakan....

 Sepanjang perjalanan sy pulang ke jb,sy x boleh dpt sembunyikn perasaan sedih sy,memang amat sedih..bile teringatkn dia,sy akan menangis walaupn di tempat awam,bila sampai di rumah dan bila sy msk ke bilik dia,sy mula rasa sedih lebih2 lg bile trpandang gmbar dia dan jg barang2 kepunyaan dia..perasaann sedih ini brlarutan beberapa hari...terasa rumah sy brgitu sunyi tanpa dia tggllah sy brdua dgn ank bongsu sy... Tapi syukur alhamduulilah kerana pihak MRSM telah mgizinkn pengunaan hp kepada pelajar2,ini memudahkn lg ibubapa pelajar mghubungi ank2 mereka...dan setiap hari sy akan call ank sy utk mnanyakn perkembangan dia di sana.. Alhamdulilah setakat ini dia dah dapat sesuaikn diri dan semuga  dia akan gembira di sana...

Pesanan untuk gula hati saya...Mummy doakan abg akan lebih tabah dan brdikari sepanjang brada disana,jangan sesekali disia-siakn peluang yg ada,mummy dan semua keluarga mendoakann abg akan terus brjaya dlm pelajaran dan semuga cita2 serta impian abg selama ini akan tercapai,insya Allah,amin...doa2 mummy sntiasa mngiringi abg di mana jua abg brada..I LOVE YOU MUHAMMAD ERIL PUTRA..







PerTUA MelaYu Lama......

1 >>>>>>Petua Hilangkan Tahi Lalat di Pakaian

Campurkan 1 cawan cuka dengan 1/2 baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat ke dalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2 >>>>Petua Untuk Menghilangkan Kutil

1. Ambil 3 keping tulang ikan kekek.
2. Di samping itu, basuh dulu kutil yang ada pada tubuh anda dengan air bersih.
3. Kemudian, cucukkan 3 keping tulang ikan kekek pada kutil tersebut. Cucuk dalam bentuk segitiga. Setiap satu dicucuk pada bahagian timur, barat dan selatan.
4. Selepas itu biarkan saja tulang tersebut dalam keadaan begitu pada kutil
Tanda 100 hari sebelum hari mati.Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari matiTanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hariAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hariAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda AkhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUPAdapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.


Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada

Read more: http://eifacuteatlast.blogspot.com/2011/09/tanda-tanda-kematian-kita.html#ixzz1ZJVozcnt