Isnin, 27 Disember 2010

Piala Suzuki AFF 2010....


Salam 1 M'sia...

seronok tersangat seronok bila pasukan m'sia telah mnundukkn pasukan Indon 3-0 dlm prlwnan akhir prtama mlm td..semua ini hasil kerja keras pemain2 serta doa dr seluruh rakyat m'sia.Tp dlm kegembiraan itu kita prlu ingat bahwa ada 1 lagi prlawanan utk memastikan piala suzuki milik m'sia.Dgn brbekalkan 3 gol sudah pasti kita merasa sedikit lega cuma ada sedikit kerisaun apabila m'sia brtandang ke indonesia,sudah pasti mereka akan mbalas dendam,dn yg paling merisaukn adalah penonton dia org yg trlebih trlampau emosinya.Walau apa pn kite hanya mampu mdoakan kejayaan akan jadi milik m'sia,semuga pemain2 m'sia sudah brsedia mghadapi situasi di sana nnt,insya Allah...

Syabas buat pngantin

baru sharul yg telah byk membantu pasukan,dua gol m'sia adalah hasil control bola yg cantik dr sharul yg membolehkn shafiee mjaringkan goal prtama m'sia..Pertahanan m'sia harus mdapat pujian kerana mereka telah mgawal kubu m'sia dgn baik skali..syabas buat muslim(my fav player)
Semuga M'sia mdapat kejayaan di Indonesia hari rabu ini n seterusnya membawa pulang piala suzuki ke M'sia....Yang pasti MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Selasa, 10 Ogos 2010

Fadilat Solat Tarawih

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.

Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh.
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan.
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan.
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Malam kesepuluh.
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas.
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas.
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas.
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas.
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas.
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas.
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas.
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas.
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas.
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh.
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu.
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua.
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga.
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat.
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima.
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam.
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh.
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan.
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan.
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh.
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Khamis, 15 April 2010

KiSah BeRmaDu....................

Salam....
Semalam masa sy check email,sy trima satu email yg sy rasa cukup menarik utk dikongsikan brsama....ketabahan dn kesabaran seorg isteri....ermmm tp klu sy..tk kot..tk suka dimadu sbb sy mmg tk suka makan madu hihihiiii....

Jom kite ikuti kisahnya.............

7 tahun sudah aku hidup bermadu
bagaimana harus ku mula .....( emm macam lagu m. nasir tu ye?)..( bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya… habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he. .he).
emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.
aku bertemu suamiku masa sama – sama menuntut di ipt. kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan. tahunpun berlainan, suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. kami berkahwin masa aku di tahun 2.
perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalupun suami pujuk walau bukan salahnya. mmm.. memang banyak bukan salah dia pun..
kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi, rasanya banyak penyebabnya. taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku, ( banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL).. suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh, ( suami aku hensem orangnya.. sanngat hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu ) belum tentu baik macam isteri aku kat rumah… (bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, ye lah .. macam, abang. aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi… nanti cepat – cepat dia jawab.. la ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih..)
tapi sebenarnya aku akui, masa mula – mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah shot wire… bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegurpun tak dijawab… tapi rasanya yang suami aku memendam rasa ( ha …aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI rasa kecil hatinya..) banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang – kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat.. the exact word yang dia guna .. abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ....
aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..
emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..
tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas – kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.
dia benar – benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun…kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..
{kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}
aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh… kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) aku sikitpun tak percaya pada dia. kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.
kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama – sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum… ha engkau,,… jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah… yang tak ikhlas tak payah..)
beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.
tak cemburu? huh cemburu giler… sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. alhamdulillah. . tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.
yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.
aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan …..
ada ke…. emm.
tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah.. takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa dia akan diam.. ambik masa sendiri,.. pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..
lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih… aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.
tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah, .. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .... kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.
kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepas kan aku aje ...dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia,.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan .. dia tak apa tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak apae..mmm.
giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah , jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..
bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.
aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan. . siapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa, tuhanku menyayangiku. . sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redho NYA.
sebenarnya,. .ikhlas dari hati saya,.. saya tidak berbuat apa-apa,..
.. berkorban,.. atau bagai,.. ujian saya sebahagian besarnya hanya pada poligami tapi suami saya sangat adil dan bertanggung jawab,..
penuh kasih dan mencintai saya sepenuh hati (hatinya ada banyak kot,..he..he. .)..
sangat lembut dengan saya,.. contohnya terlalu banyak… kalau kebetulan dia solat bersendirian, ..saya akan tunggu bersamanya dan dia akan naikkan saya atas pangkunya dan memeluk saya sepanjang zikir hingga doa,.. hati saya damai dan tenteram…
suka menonton sambil memeluk saya dan bergurau,.. anak-ajak juga seronok dengannya,.. tegas, anak-anak takut tapi masih boleh bermain dan bergurau juga dengan mereka,… jadi buaian,.. buat superman dengan kaki,.. walau anak sama tinggi dengannya,..
sangat rajin dan sangat ringan tangan,.. sentiasa membantu dalam semua hal,.. dan saya maksudkan itu,..semua.
susah nak tengok dia ada di rumah dan duduk sahaja,.. ada aje kerja yang nak dibuatnya,..
hatta sehingga melipat kain dengan anak-anak ,.. apatah lagi kalau kerja itu jelas kerja nya,..
baiki paip bocor, sinki tersumbat (sampai buka tempat simpanan najis di belakang dapur dan selok tangan keluarkan apa yang buat tersumbat,.. bila tak sampai dia akan jolok ,..peralatan lengkap macam dia tukang rumah,.. ha,..ha)
itu hal kecil,.. kalau nak disenaraikan kebaikan dan keistimewaan suami,.. tak tertulis,.. setiap masa dan detik dia berbakti,.. pada saya,..anak- anak dan sangat tak menghampakan orang tuanya,..
sanggup balik hari pulang ke selatan dan ambil orang tuanya datang ke kl bila bapanya minta tolong,..walaupun dalam keadaan dia penat menguruskan dua rumah,..
subhanallah, .. suami saya sangat baik,..
hakikatnya,. . dia yang diuji kerana dapat saya sebagai isteri,..
dengan itu sahabat,.. maksud saya,.. dengan akhlak sebaik suami saya,.. saya tidak diuji sangat,.. masyaallah,. . sungguh allah itu maha besar,..
frankly,… secara jujurnya,.. hanya ketika dia tiada sahaja , saya terasa diuji allah,.. ujian rindu. agar kita merasakan hanya DIA sahaja sebenarnya tempat kita bergantung harapan…
wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?…
dari “sitiaisyahyadzid”

Rabu, 10 Mac 2010

suami curang.........

salam...
Nak kongsi cerita nie bukan mengumpat sekadar berkongsi pendapat n untuk pengajaran...akhir2 nie aku byk terbaca pasal suami2 yg curang  bukan saja di akhbar2,majalah malah citer dari teman2 terdekat.Suami ada skandal sana sini,suami berkawin lagi dan mcm2 lagi laa...kesian kat isteri2 yg setia lebih2 lagi suri rumah.Duduk di rumah sepanjang masa menguruskan anak2,menyediakan mkn minum dan sebagainya tapi ditipu suami hidup2.Bila lewat sampai rumah,alasannya keje overtime...adakalanya weekend pn overtime....tp gaji tetap sama pelik kan???!!!!!

Aku  ada cerita yg nak dikongsi bersama,seperti yg aku bagitahu tadi kite bukan nk mgumpat tapi sebagai pengajaran untuk isteri2.

Biar aku namakan dia puan A,Puan A nie suri rumah sepenuh masa,mguruskan anak2 seramai 5 org,kecil2 lagi yg sulung masih sekolah rendah.Suaminya bekerja dgn syarikat swasta,mmmm...gajinya boleh tahan kot sbb hanya si suami yg bekerja dan memiliki rumah sendiri n kereta mewah lg..Puan A selalu citer kat aku  pasal suaminya yg selalu balik lewat.Aku pn kepoh la tanya pasal apa,dia kata o.t...tak pe laa cari duit lebih tp puan A kata every day balik lewat n weekend pn sama.Aku pn diam aje lah malas nak kepoh pasal rumahtangga org.

Pada suatu hari dgn tak disangka2,aku trnampak si suami puan A brjalan dgn seseorg,bkn setakat brjalan aje tp mesra semacam mengalahkan suami isteri.Terperanjat berok lah jg aku cuma tk melompat2 mcm berok.Aku tahu dia perhatikan aku jg tp aku buat de aje.Sejak dari hari tu dia dah tak senyum dgn aku lagi malah pandang aku pn tak nak,kalau terpandang pn muka dia masam bercampur marah.Aku pn hairan nape dia nak marah kat aku pulak maybe dia fikir aku akan bocor kan rahsia dia...lantak dia la...aku buat biasa2 aje,dia yg tak pasal2 rasa takut biasalah kan org buat salah.

Sebenarnya aku bkn selalu sgt borak dgn puan A tu,cuma sekali skala aje lagi pn aku bkn minat sgt dgn masyuarat tingkap,pintu atau tangga nie,kalau jmpa pn masa aku balik dr mgambil puteri aku dr sekolah.Masa dia org tengah meeting tu,aku singgah skejap saje nk dgr kalau2 ada story yg update tp bukan mengumpat pasal org lain just citer pasal rutin harian dia org...

Bila puan A citer pasal suaminya selalu overtime,aku diam aje tp dalam hati punya lah geram mcm nak aje bagitahu citer sebenarnya tp aku masih waras tak mahu merosakkan rumahtangga org,kalau bagitahu,lain pulak jadinya nnt.Kadang2 aku hairan bin ajaib nape dia tak perasan perubahan pada suaminya.Puan A ada bagitahu suaminya tidak membenarkan dia mahu pn anak2nya menyentuh alat2 peribadinya sperti laptop,hp,wallet n lain2..jika suami tak mengizinkan isteri melihat barang2 tersebut bermakna ada udang disebalik mee rebus la tu..faham2 aje laa kannnn..................

Kadang2 aku terfikir nape suami puan A ada skandal,dari luaran suaminya dilihat baik orgnya mcm tak percaya jika dia ada perempuan lain,Aku pn tak akan percaya sehingga aku  melihat sendiri suaminya bermesra dgn perempuan lain bkn hanya sekali tapi lebih dari 3 x.Tp nape dia curang ehhh????mungkin bosan dgn keadaan di rumah maklumlah anak2 ramai kecik2 lagi(tp sape suruh buat anak ramai2)keadaan isteri yg tak pandai mghias diri dah mcm hantu raya.Aku tgk puan A pakai asal boleh aje klu kat rumah kain batik,baju kupu2 dah jadi pakaian wajib setiap hari,klu kluar jalan dgn keluarga pn pakai ala kadar t.shirt n seluar besar yg 2 org boleh masuk...(hehehee jahatnya aku dah bab mgumpat pulak nie)
Tu lah penampilan diri tu penting ianya bukan utk org lain pandang tapi utk suami kite,klu selekeh suami pun tak selera nk tengok apa lagi nk bawa kluar jalan2.Mungkin ini satu antara sbbnya suami cari lain..

Aku tidak tahu apa harus aku buat adakah aku patut diamkan saje sandiwara suaminya atau aku patut membongkar kecurangan suaminya pada puan A..entah lah...aku bkn rapat sgt dgn puan A tu...sekadar hai hai aje,kalau aku cakap nanti lain pulak taksirannya.lagipun aku tiada bukti nk ditunjukkn pada puan A.so....aku buat bodoh aje laa..Aku memang benci lelaki curang nie.Adakalanya isteri yg sempurna cantik lengkap segala2nya tapi suami tetap curang.....

Entah laaa....dunia2..................

Selasa, 9 Mac 2010

hasil kerja tangan......

pada 28hb.feb.2010,telah diadakan majlis prtunangan anak saudara sulung aku dgn kekasih hatinya.2 bulan sebelum tu,dia telah meminta aku tolong gubahkn hantaran dari pihak lelaki,dgn rasa simpati kat dia maklumlah duit dah bribu kluar beli barang2 branded(nk grand la katakan hehehee) aku pn buat apa yg aku mampu dan mgikut bajet yg ditentukan so nie laa hasilnya...tp aku rasa bangga la jg sbb nie hasil kerja tangan aku yg seblm nie aku tk ada pengalaman langsung dlm bab2 nie...kalau upah kat kedai tentunya mahal walaupn mmg diakui cantik... 
.....nie aku perlihatkan sebahgian hasil kerja tangan aku....