Isnin, 13 Mei 2013

Cinta Seorang Wanita...

BIAR LELAKI TAHU...

Apabila seorang wanita jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..

Apabila seorang wanita itu mengalirkan airmata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang wanita itu marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaan tapi percayalah,itu maknanya dia sangat mngambil berat dan menyayangi lelaki itu.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka kepada seseorang,semakin pula banyak pertelingahan yang berlaku.

Apabila wanita itu bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Apabila wanita itu berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.

Apaabila wanita itu cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermaksud dia tidak sayang..tetpi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengaggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Kadang2 dia terlalu risau sekiranya dia terlalu percaya,anda akan mengkianati kepercayaan yang diberi.Dia hanya memerlukan yang terbaik untuk anda.

Apabila wanita itu merajuk,jangan kata dia mengada-gada.Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadian yg banyak,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat wanita itu dihargai.

Apabila wanita itu jarang mengatakan "i love u",itu tidak bemaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukanya hadir dari kata2 tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Apabila wanita itu berkata dia rindukan kamu,dia benar2 memaksudkannya.Apabila berjauhan,bayangmu akan sentiasa bermain dimata.

Apabila wanita itu menyatakan lelaki lain lebih baik dari kamu,jangan percaya kata2nya kerana dia hanya mahu menguji kamu,dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya.Selagi dia dengan kamu,percayalah,walaupun perempuan mengaggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya tetapi dihatinya,kamu tetap yang terbaik.

Apabila wanita itu menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah hati wanita itu sangat lembut.Andai kena caranya,jangan terkejut atau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila wanita itu berkata "tolong tinggalkan saya"dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sbentar saja.Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula,itu tandanya dia benar2 menyintai anda..Wanita sukar untuk mengawal perasaan..Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan peerubahan pada diri anda.

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan wanita itu dengan perbezaan yang tersendiri..Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Wanita itu diciptakan oleh Allah indah sekali.Disebalik airmatanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya wanita itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri bisa mengoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadii lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran sorang yg bernama wanita dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan